suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja dipaksa beri layanan ‘ekstra’ kepada pelanggan, pengurus pusat urut ditahan

Pekerja premis urut tidak sepatutnya dipaksa melakukan perkhidmatan seks. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 48 tahun ditahan kerana disyaki memaksa para pekerja melakukan perkhidmatan seksual di tiga premis urut berbeza.

Wanita warga Thailand itu ditahan di Tallinn, Estonia, pada awal November, menurut polis negara itu.

Polis mendakwa wanita itu meletakkan tukang urut di bawah tekanan kewangan yang serius sehingga mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain menawarkan khidmat seks bagi menyara kehidupan.

Penyiasat turut mendakwa kamera dipasang di bilik pekerja dan kawasan rehat bagi membolehkan suspek memantau serta mengawal pergerakan mereka, termasuk ketika waktu peribadi.

Polis percaya wanita itu mungkin tidak bertindak sendirian dan sedang menyiasat sama ada terdapat individu lain yang turut terbabit dalam kegiatan berkenaan.

Identiti suspek belum didedahkan kepada umum, malah, polis juga tidak mendedahkan sekiranya ketiga-tiga premis berkenaan adalah milik wanita itu.

Namun, setakat ini dia dinamakan sebagai suspek utama yang menguruskan pekerja di tiga premis berkenaan.

Dakwaan terhadapnya juga belum dibuktikan di mahkamah, manakala tiada kenyataan dikeluarkan oleh wanita itu atau mana-mana wakilnya. - Agensi.

Artikel Lain